policy

Privacy Policy

For the purposes of this Privacy Notice, “Veecan”, “we”, “us”, or “our” refers to Veecan Venture Sdn Bhd and its related corporations and affiliates and “you”, “your” or “yours” denotes you as the investor and/or issuer where as an entity shall include your subsidiary(s) or any and/or all of its subsidiaries connected to you, your parent P2P Operator or to any subsidiary(s) or, any associated P2P Operator as defined in Companies Act 2016 from time to time or generally if a natural person shall mean the individual, providing Personal Data and/or any other information, being the subject matter of this Privacy Notice.

This Privacy Notice outlines the manner of which the P2P Operator collects, uses, maintains, and discloses your personal data in respect of the Services rendered and transactions entered into through the Website and the manner of which the P2P Operator thereby safeguards your personal data so collected.

1. Interpretation

“Personal Data” for the purpose of this Privacy Notice denotes the definition of personal data as stipulated under the Personal Data Protection Act 2010 (hereinafter referred to as “the PDPA”) and shall mean and/or may include but is not limited to the following:

  • Your name
  • Date of birth, passport, or identity card number
  • Home address, telephone number, facsimile number, or email address
  • Photographs or pictures
  • Gender, marital or family status
  • Race, nationality, or ethnic origin
  • Education, employment or occupation, or educational, employment, or occupational history
  • Source of income or financial circumstances
  • Litigation records and criminal history
  • Details of bank accounts and signature specimens
  • Details of transactions with the P2P Operator
  • Other necessary information collected through the website

2. Collection of Personal Data

The P2P Operator collects, uses, and/or processes your Personal Data, without being exhaustive, for the following purposes:

  • Process applications submitted by you
  • Communicate with you, including responding to your inquiries and/or complaints
  • To notify you about important changes or developments in our products and services
  • To assess and/or verify your credit or financial worthiness
  • For marketing, promotions, and strategic alliances
  • To detect crime or fraud
  • To comply with regulatory requirements

3. Disclosure of Personal Data

Your Personal Data so collected, used, processed, managed, and/or held by the P2P Operator shall be kept confidential at all times. For purposes described herein, the P2P Operator may disclose, share with, and/or transfer your Personal Data to:

  • The P2P Operator’s agents, holding companies, subsidiaries, affiliates, and associates
  • Any relevant agents, contractors, or third-party service providers
  • Any credit bureau, credit reporting agencies, or debt collection agencies
  • Any financial service providers
  • Authorities or regulators

4. Security of Personal Data

The P2P Operator treats the security of your Personal Data with utmost importance. The P2P Operator protects, processes, and keeps your data secure by maintaining physical, electronic, and procedural safeguards in compliance with the law.

5. Use of Cookies

Cookies are used by the P2P Operator to better understand users’ behavior and preferences. Cookies themselves cannot collect any information stored on your computer or files.

6. Right to Access and Amend/Correct Personal Data

You may at any point in time request to review and/or access your Personal Data by written request to the P2P Operator.

7. Withdrawal of Consent

You can withdraw your consent for the collection, usage, and disclosure of your Personal Data by providing a written request to the P2P Operator.

8. Changes to Privacy Policy

The P2P Operator reserves the right to update, review, or amend this Privacy Notice at any time. Your continued usage of the website will be deemed as acceptance of the updated policy.

Contact

If you have any questions with regards to our Privacy Notice, please contact us at xxx.

NOTIS PRIVASI

Bagi tujuan Notis Privasi ini, “Veecan”, “Syarikat tersebut”, “kita” atau “kami” merujuk kepada P2P Veecan Venture Sdn Bhd dan syarikat bersekutu dan anak syarikat dan “kamu” atau “anda” menandakan anda sebagai pelabur dan/atau pengeluar di mana sebagai suatu entiti yang merangkumi anak syarikat anda dan/atau mana-mana dan/atau semua anak syarikatnya yang berkaitan dengan anda, syarikat induk anda atau kepada mana-mana anak syarikat atau, mana-mana syarikat bersekutu seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 dari semasa ke semasa atau secara amnya jika orang sebenar bermaksud individu yang memberikan Data Peribadi dan/atau sebarang maklumat lain, yang menjadi perkara utama Notis Privasi ini.

Notis Privasi ini menggariskan cara Syarikat tersebut mengumpul, menggunakan, mengekalkan dan mendedahkan data peribadi anda berkenaan dengan Perkhidmatan yang diberikan dan transaksi yang dibuat melalui Laman Web tersebut dan cara Syarikat tersebut dengan itu melindungi data peribadi anda yang dikumpul sedemikian.

1. Tafsiran

“Data Peribadi” bagi tujuan Notis Privasi ini menandakan maksud data peribadi seperti yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “PDPA”) dan bermaksud dan/atau adalah termasuk namun tidak terhad kepada berikut:-

  • Nama anda;
  • Tarikh lahir, pasport atau nombor kad pengenalan;
  • Alamat rumah, nombor telefon, nombor faksimili atau alamat e-mel;
  • Foto atau gambar;
  • Jantina, status perkahwinan atau kekeluargaan;
  • Bangsa, kewarganegaraan atau asal-usul kebangsaan atau etnik;
  • Pendidikan, pekerjaan atau pendidikan, sejarah pekerjaan, tahun perkhidmatan, pengalaman bekerja, butiran majikan;
  • Sumber pendapatan atau keadaan kewangan, kedudukan kewangan, aktiviti atau sejarah termasuk tetapi tidak terhad kepada sejarah pembayaran, aktiviti akaun, baki akaun, baki pinjaman dan/atau deposit dll.;
  • Rekod litigasi dan sejarah jenayah termasuk kesalahan peraturan;
  • Butiran dan latar belakang ahli keluarga;
  • Butiran penjamin dan wakil sah;
  • Butiran akaun bank dan spesimen tandatangan;
  • Butiran transaksi antara anda dengan Syarikat tersebut;
  • Sebarang maklumat lain yang diperlukan tentang anda yang telah dan mungkin dikumpul, disusun dan diselenggara dari semasa ke semasa dengan dan oleh Syarikat tersebut melalui antara lain dengan cara berikut:
    • Akses anda terhadap Laman Web tersebut;
    • Borang permohonan anda dan/atau sebarang borang lain seperti yang dibekalkan oleh anda;
    • Urus niaga antara Syarikat tersebut dan anda, pembekal perkhidmatannya, rakan kongsi perniagaan, ahli gabungan dan/atau pihak ketiga;
    • Agensi Pelaporan Kredit dan Laporan Biro Kredit, cth. CTOS (CTOS Data Systems Sdn Bhd), RAMCI (RAM Credit Information Sdn. Bhd.) dll;
    • Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Kawal Selia dan/atau Badan Berkanun;
    • Kaji selidik pelanggan; dan
    • Sumber am atau awam yang sedia ada.

2. Pengumpulan Data Peribadi

Syarikat tersebut mengumpul, menggunakan dan/atau memproses Data Peribadi anda, tanpa menjadi menyeluruh, untuk tujuan berikut (Tujuan Yang Dibenarkan):-

  • Untuk memproseskan permohonan yang dikemukakan oleh anda berkenaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat tersebut;
  • Untuk tujuan komunikasi dengan anda termasuk untuk menjawab pertanyaan dan/atau aduan anda dan untuk penyelesaian pertikaian;
  • Untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan/perkembangan penting berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami;
  • Untuk menilai dan/atau mengesahkan kelayakan kredit/kewangan anda;
  • Untuk tujuan pakatan strategik, jualan silang, pemasaran, dan promosi dalam perjalanan perniagaan Syarikat tersebut, sama ada dalam perbadanan berkaitannya, syarikat sekutunya, ejennya dan/atau pihak ketiga;
  • Untuk mengesan jenayah atau penipuan, dan untuk menggunakan dan mendedahkan data peribadi tersebut untuk penyiasatan, pencegahan, pendakwaan dan pematuhan terhadap sekatan, termasuk Know Your Customer (KYC) dan tujuan pemeriksaan am mengenai Politically Exposed Person (PEP), iaitu Orang Yang Terdedah Secara Politik;
  • Untuk tujuan mematuhi keperluan undang-undang dan menghulurkan bantuan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang mungkin termasuk keperluan pendedahan, pemberitahuan dan penyimpanan rekod;
  • Untuk mentadbir dan/atau mengurus produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat tersebut kepada pelabur/pengeluar dan/atau bakal pelabur/pengeluar berpotensi dan/atau sebarang perjanjian yang mungkin dilakukan antara anda dengan Syarikat tersebut;
  • Untuk menambah baik dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dan diberikan oleh Syarikat tersebut kepada anda dan untuk memastikan jaminan kualiti yang lebih baik kepada anda;
  • Untuk menggunakan dan mendedahkan data peribadi tersebut untuk penyelidikan pasaran dan analisis statistik dan kaji selidik bagi tujuan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami serta pembangunan produk;
  • Untuk mengekalkan sejarah kredit anda untuk rujukan semasa dan masa depan (jika ada);
  • Untuk melindungi kepentingan Syarikat tersebut dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan;
  • Untuk fungsi dalaman seperti penyelidikan dan pembangunan produk, menilai keberkesanan kempen pemasaran dan promosi, penyelidikan pasaran, analisis statistik dan pemodelan, pelaporan, audit dan pengurusan risiko serta pencegahan penipuan;
  • Untuk membandingkan maklumat/data bagi ketepatan rekod Syarikat, dan mengesahkan ketepatan maklumat/data tersebut dengan pihak ketiga;
  • Untuk menggunakan data peribadi tersebut bagi tujuan penyelidikan, reka bentuk dan penambahbaikan produk dan perkhidmatan, proses operasi dan perniagaan kami;
  • Untuk menyokong perniagaan Syarikat tersebut, pemantauan kewangan dan risiko, perancangan dan pembuatan keputusan;
  • Untuk mengendalikan aduan dan pertanyaan;
  • Untuk memindahkan atau menyerahkan hak dan tugas kami di bawah sebarang terma dan syarat yang mengawalkan urusan antara kami dan anda;
  • Untuk menggunakan dan mendedahkan data peribadi tersebut bagi tujuan keselamatan;
  • Sebarang tujuan yang berkaitan dengan transaksi dan/atau perjanjian yang dimasuki atau akan dimasuki oleh anda dan/atau majikan utama anda dengan Syarikat; dan
  • Tujuan-tujuan lain yang secara munasabah, dianggap sesuai oleh Syarikat tersebut.

3. Pendedahan Data Peribadi

3.1. Data Peribadi anda yang dikumpul, digunakan, diproses, dikendalikan dan/atau disimpan oleh Syarikat tersebut akan dijaga kerahsiaannya pada setiap masa. Bagi tujuan seperti yang diterangkan di sini, Syarikat tersebut boleh mendedahkan, berkongsi dengan dan/atau memindahkan Data Peribadi anda kepada:

  • Ejen-ejen, syarikat induk, subsidiari, rakan kongsi dan syarikat berkaitan dengan Syarikat tersebut;
  • Mana-mana ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, penasihat profesional atau broker yang berkaitan, atas dasar perlu-diketahui untuk tujuan membekalkan perkhidmatan/nasihat mereka kepada Syarikat tersebut;
  • Mana-mana biro kredit, agensi pelaporan kredit, agensi rujukan kredit, agensi penarafan, syarikat insurans, broker insurans, agensi pemungutan hutang dan/atau pihak lain yang membantu dalam fungsi pemulihan hutang bagi transaksi yang dilakukan di bawah Laman Web tersebut;
  • Mana-mana pembekal perkhidmatan kewangan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan Syarikat tersebut;
  • Mana-mana bakal atau peserta, penerima hak dan/atau tanggungjawab sebenar Syarikat tersebut di bawah mana-mana transaksi antara Syarikat tersebut dan anda;
  • Mana-mana penjamin atau pembekal jaminan bagi produk dan/atau perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat tersebut kepada anda;
  • Mana-mana badan atau pihak berkuasa, termasuk pengawal selia asing untuk pelaksanaan fungsi mereka, atau mana-mana pihak yang dikehendaki oleh undang-undang atau mana-mana kerajaan, kerajaan separa, pentadbiran, mahkamah atau tribunal;
  • Rakan strategik/perniagaan dengan siapa kami mempunyai hubungan bagi produk dan perkhidmatan tertentu;
  • Mana-mana individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami; dan/atau
  • Mana-mana pihak yang diberi kuasa dan/atau disetuju oleh anda.

3.2. Anda dengan ini bersetuju bahawa Data Peribadi anda yang dikumpul oleh Syarikat tersebut boleh dari semasa ke semasa didedahkan oleh Syarikat tersebut kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada Vendor Syarikat tersebut untuk operasi server atau pemprosesan data bagi tujuan yang dinyatakan di sini (Tujuan Yang Dibenarkan). Walaupun Syarikat tersebut tidak mempunyai kawalan penuh ke atas pengurusan sebenar Data Peribadi oleh pihak ketiga, Syarikat tersebut berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan tahap perlindungan yang sebanding diberikan oleh pihak ketiga yang berkaitan terhadap Data Peribadi anda, khususnya, mematuhi PDPA dan dasar serta garis panduan yang berkaitan.

4. Keselamatan Data Peribadi

4.1. Syarikat tersebut mengambil keselamatan Data Peribadi anda dengan kepentingan yang tertinggi. Syarikat tersebut menyimpan, melindungi, memproses, dan menjaga keselamatan Data Peribadi anda dengan mengekalkan perlindungan fizikal, elektronik, dan prosedural yang berpatuhan dengan undang-undang. Syarikat tersebut akan, sejauh yang praktikal, berusaha untuk mencegah sebarang akses yang tanpa kebenaran dan/atau tidak sah, pemprosesan yang tidak wajar, serta kehilangan, pemusnahan, atau kerosakan yang tidak disengajakan terhadap Data Peribadi anda.

4.2. Walaupun terdapat pautan pihak ketiga dalam Laman Web tersebut yang mengarahkan pengguna ke laman web pihak ketiga, sila ambil perhatian bahawa Syarikat tersebut tidak mempunyai kawalan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap dasar privasi dan perlindungan keselamatan berkaitan dengan Data Peribadi yang dikumpul melalui laman web pihak ketiga tersebut. Anda dinasihatkan untuk mengesahkan notis privasi yang berkuat kuasa bagi laman web berkenaan dan untuk menghubungi pemilik/pengendali laman web tersebut sekiranya terdapat sebarang keraguan berkenaan dengan notis privasi laman web yang berkenaan tersebut.

Apa itu Cookies?

Cookies adalah sejenis fail dalam bentuk teks. Cookies dicipta oleh server apabila pengguna mengakses Laman Web dan server merekodkannya dalam pelayar web anda. Kandungan cookies tersebut boleh disemak dan dibaca oleh server yang mencipta Cookies tersebut dan kandungan tersebut akan dikembalikan ke Laman Web dalam setiap akses. Cookies terdiri daripada maklumat yang boleh dikenal pasti, nama, laman web, nombor dan huruf yang mengumpulkan maklumat tentang tingkah laku anda dan pilihan pilihan yang dilakukan dalam pelayar web.

Kebanyakan pelayar web menyokong Cookies, bagaimanpun, anda boleh melaraskan tetapan pelayar web anda untuk menghentikan penggunaan Cookies atau penghantaran maklumat beberapa jenis Cookies dan/atau memadamkan maklumat yang terkandung pada Cookies pada bila-bila masa.

Mengapakah Cookies Digunakan?

Funding Societies menggunakan Cookies di Laman Web untuk mengumpul maklumat daripada pelawat dan pengguna Laman Web supaya kami dapat memahami tujuan penggunaan dan hubungan anda dengan kandungan di Laman Web kami untuk pengurusan yang lebih baik dan peningkatan pengalaman pengguna.

5. Kegunaan Cookies

Sebagai sebahagian daripada proses pengumpulan data, Syarikat tersebut boleh menggunakan Cookies dan teknologi serupa lain untuk mengumpul maklumat anda apabila anda melawat atau menggunakan Laman Web tersebut termasuk saluran lain seperti aplikasi mudah alih (secara kolektif dipanggil "Laman"(Site)) sebagai sebahagian daripada peningkatan lanjut terhadap Laman Web tersebut, Laman tersebut dan pengalaman anda dalam menggunakan Laman Web dan/atau Laman tersebut.

5.1. Apa itu ‘Cookie’?

“Cookies” adalah fail data kecil yang pelayar web (‘web browser’) anda letakkan pada komputer atau peranti (device) anda. “Cookie” membantu anda untuk menyemak imbas laman web yang anda layari dan cookies sendiri tidak dapat mengutip apa-apa maklumat yang disimpan pada komputer atau fail anda. Apabila pelayar web (server) menggunakan pelayar web untuk membaca “cookies”, mereka boleh membantu laman web untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mesra pengguna. Untuk melindungi privasi anda, pelayar web anda hanya memberikan akses laman web untuk cookie yang telah dihantar kepada anda.

5.2. Kenapa kita menggunakan ‘Cookies’?

Cookies digunakan oleh Syarikat tersebut untuk lebih memahami tingkah laku dan pilihan pengguna melalui interaksi pengguna di Laman Web dan/atau Laman tersebut, untuk menambah baik pengalaman pengguna dalam menggunakan Laman Web dan/atau Laman Web tersebut.

5.3. Cookies Pihak Ketiga

Laman Web dan/atau Laman ini mungkin mengandungi pautan yang membawa anda kepada laman web pihak ketiga dan Cookies yang terguna dalam laman web/laman pihak ketiga tersebut adalah disesuaikan dan dikawalkan oleh pihak-pihak ketiga tersebut secara masing-masing. Syarikat tersebut tidak mempunyai kawalan ke atas Cookies tersebut yang digunakan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan dan/atau kesan yang disebabkan atau bersampingan dengan penggunaan Cookies tersebut oleh laman web pihak ketiga. Anda digalakkan dan dinasihatkan untuk menyemak penggunaan Cookies oleh laman web pihak ketiga tersebut.

5.4. Bagaimanakah saya menolak dan memadam Cookies?

Jika anda berhasrat untuk menutup dan memadam kebenaran untuk menggunakan Cookies dalam Laman Web dan/atau Laman tersebut, anda boleh melaksanakan tindakan tersebut dengan mengikut arahan yang ditetapkan oleh setiap pelayar.

6. Hak Untuk Mengakses dan Meminda/Mengemaskini Data Peribadi

6.1. Anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk mengkaji semula dan/atau mengakses Data Peribadi dengan permintaan bertulis kepada Syarikat tersebut.

6.2. Syarikat tersebut berkomitmen untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang kami miliki adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika anda ingin mengkaji semula, mengubah atau menghapuskan butiran yang anda telah membekalkan kepada kami, anda boleh memohon untuk mengakses, meminda atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda dengan mengemukakan permintaan bertulis kepada Syarikat.

6.3. Walaupun akses telah diberikan kepada anda atau sebarang pembetulan/pemuktahiran Data Peribadi anda telah dilakukan, Notis Privasi ini akan terus kekal dan berkesan pada setiap masa.

7. Penarikbalikan Persetujuan

7.1. Persetujuan yang anda berikan kepada Syarikat tersebut berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan Data Peribadi anda akan kekal sah sehingga ia ditarik balik oleh anda secara bertulis. Penarikbalikan persetujuan ini tertakluk kepada obligasi kontrak anda untuk mendedahkan maklumat tertentu di bawah Perjanjian dan/atau transaksi yang dilakukan di Laman Web tersebut dan/atau sebarang keperluan undang-undang atau peraturan.

7.2. Syarikat tersebut berhak mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi haknya jika ia berpendapat bahawa penghapusan atau penghentian persetujuan oleh anda menghalang Syarikat tersebut daripada menyediakan atau terus menyediakan produk dan perkhidmatan atau memenuhi obligasi Syarikat tersebut dengan cara yang memuaskan. Ini termasuk hak Syarikat tersebut untuk enggan menyediakan atau menghentikan penyediaan sebarang kemudahan, produk, atau perkhidmatan kepada anda.

7.3. Anda perlu memberikan masa yang munasabah kepada Syarikat untuk penarikbalikan dan/atau penghapusan Data Peribadi tersebut atas permintaan bertulis anda.

8. Pemindahan Data Peribadi

Anda berhak meminta Syarikat tersebut untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga pilihan anda melalui permohonan bertulis kepada Syarikat tersebut. Sila ambil perhatian bahawa permintaan untuk memindahkan Data Peribadi anda hanya boleh dilakukan di mana dan apabila boleh dilaksanakan secara teknikal dan menurut undang-undang dan peraturan. Syarikat tersebut tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan Data Peribadi atau pemprosesan yang sama setelah diterima oleh pihak ketiga. Kami memelihara hak kami untuk menolak pemindahan sekiranya pemindahan tersebut akan mengganggu hak orang lain (mis. di mana pendedahan Data Peribadi yang kami pegang tentang anda akan mendedahkan maklumat tentang orang lain).

9. Perubahan kepada Dasar Privasi

Syarikat tersebut boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengemas kini, menyemak dan/atau meminda Notis Privasi pada bila-bila masa dengan menyiarkan Notis Privasi yang dikemas kini di Laman Web tersebut. Penggunaan berterusan anda terhadap Laman Web tersebut dan Perkhidmatan yang diberikan di atasnya akan dianggap sebagai penerimaan sebarang kemas kini, semakan atau pindaan yang dibuat pada Notis Privasi.

10. Persetujuan dan Pengakuan

Dengan akses berterusan anda dan penggunaan Laman Web tersebut dan langganan kepada Perkhidmatan yang diberikan padanya, anda dengan ini mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami kandungan Notis Privasi ini dan dengan itu bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda seperti di sini sepertimana yang ditetapkan dalam dan menurut PDPA dan mana-mana undang-undang lain yang berkaitan.

11. Hubungi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan Notis Privasi Laman Web kami, sila menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau komen dengan menghantar e-mel kepada kami di info@veecan.com.